Roh Fasik (2019)

Official Poster

Official Trailer

Roh Fasik merupakan filem seram ketiga Ubay Fox (Kembang Kantil dan Rasuk). Elemen yang dipersembahkan pada penonton genre Horror Religion. Sama seperti filem Munafik. Walaupun majoriti mengatakan filem ini sama persis Munafik tapi storyline bukan 100% daripada Munafik. Agak berbeza dan cuma watak saja ada persamaan antara dua filem ini.

Sinopsis Roh Fasik
Akbar mula hilang kepercayaan terhadap agama dan Tuhan selepas kematian isterinya Zahra, hinggakan dia enggan mengajar anak perempuannya Amira tentang agama. Dia kemudian berkahwin semula dengan wanita bernama Renata, tetapi rumahtangga barunya tidak sebahagia dulu. Suatu hari, kawan lamanya Hassan datang melawat dan cuba membawanya kembali ke jalan yang benar. Dia akhirnya membenarkan Hassan untuk mengajar Amira tetapi sejak itu, kejadian aneh mula berlaku di rumah mereka. Peliknya, Renata sering menjadi sasaran kejadian itu. Keluarga itu perlu mencari tahu apa yang sedang menguasai mereka di rumah tersebut.

Roh Fasik
Genre: Seram, Keagamaan
Tarikh Tayangan: 6 Jun 2019
Pengarah: Ubay Fox
Pelakon: Irwansyah, Denira Wiraguna, Evan Sanders, Zaskia Sungkar 

Produksi: RA Pictures 
Pengedar: Antenna Entertaiments 

Comments

Popular Posts