Review | The Grudge (2020)


Assalmualaikum dan Hi bertemu kembali review OICMY. Kali ini admin review tentang The Grudge sebuah filem remake berdasarkan filem francais negara Jepun iaitu Ju On: The Grudge oleh Takashi Shimizu dan filem ini pernah diterbitkan dalam versi Hollywood dari pengarah yang sama yang bertajuk The Grudge yang dikeluarkan pada tahun 2004. Filem ini merupakan francais yang ke 4 dalam  siri The Grudge versi Hollywood.

OICMY: 4 / 10 ⭐️

The Grudge (2020)
Berdasarkan Ju On: The Grudge oleh Takashi Shimizu
Pengarah: Nicolas Pesce
Pelakon: Andrea Riseborough, Demiàn Bichir, John Cho, Tara Westwood, Lin Shayne, Betty Giplin
Syarikat Produksi: Screen Gems, Stage 6 Films, Ghost House Pictures
Pengedar: Sony Pictures Releasing


SINOPSIS THE GRUDGE
Seorang detektif muda, yang merupakan ibu tunggal kepada seorang anak lelaki, perlu menyelamatkn diri dan anak lelakinya dari sumpahan sebuah rumah di kejiranannya. Rumah itu dipenuhi dengan roh jahat yang mana sesiapa yang akan masuk rumah sumpahan itu akan mati dengan kejam.


REVIEW THE GRUDGE
Sebelum filem ini rilis di pawagam. Admin letak harapan yang tinggi kerana admin adalah peminat filem Ju On dan The Grudge siri. Bila lihat pada trailer memang amat menjanjikan dengan scene Gore dan Jumpscare. Tapi bila filem The Grudge sudah menerjah di pawagam. Apakan daya filem ini boleh dikatakan Kurang Memuaskan apabila ditonton. Scene gore memang perfect tapi storyline agak sikit celaru. Filem ini mempunyai 4 kisah storyline dan digarap menjadi satu cerita yang memang pernah digarap original The Ju On: The Grudge dan The Grudge siri.


Keluarga Landers
Permulaan filem ini berlaku pada 2004 di Jepun apabila Fiona Landers (Tara Westwood) meninggalkan rumah di Tokyo, Jepun dan beliau telah dihantui roh dirumah itu. Fiona telah menelefon rakan sekerjanya yang bernama Yoko yang beliau akan balik ke Amerika sebelum dia dihantui Kayako Saeki. Fiona tiba di rumahnya di 44 Reyburn Drive di sebuah bandat kecil di Pennslyvania, bertemu dengan suaminya Sam dan anak perempuan Melinda. Walau bagaimanapun, sumpahan Kayako telah diletakkan pada Fiona yang menyebabkan Sam di jatuhkan dari tangga dan Melinda di tenggelamkan dalam tab mandi sebelum Fiona bunuh diri dengan mengkelar leher.


Detektif Goodman dan Wilson menyiasat pembunuhan itu. Terselamat oleh rumah sumpahan itu, Goodman enggan memasukinya ketika Wilson memasuki tempat kejadian. Apabila keluar,Wilson perlahan-lahan mula kehilangan kewarsannya dan akhirnya menjadi histeria apabila dia melihat hantu Fiona di luar kereta Goodman. Selepas itu dia cuba membunuh diri dengan menembak diri sendiri, tetapi tidak berjaya. Ini meninggalkan wajah Wilson yang cacat dan menjadi pesakit psikiatri sementara Goodman berhenti siasat kes itu.


The Spencers
Selepas pembunuhan keluarga Landers. Ikuti kisah Peter dan Nina Spencer merupakan agen hartanah dan merupakan pasangan suami isteri. Pasangan ini mempunyai masalah dimana Nina Spencer mengetahui anak dalam kandungan kemungkinan besar akan dilahirkan dengan kelainan genetik ALD.

Kemudian, Peter pergi 44 Reyburn Drive di mana rumah yang di diami  keluarga Landers tinggal. Semasa Peter datang ke rumah tersebut ia bertemu dengan Melinda. Semasa Peter menanyakan dimana ibu bapa Melinda, keadaan Melinda seolah kaku lalu hidungnya mengalami pendarahan. Selepas itu, Peter diserang hantu Fiona dan Melinda sebelum melarikan diri dari rumah sumpahan itu dan Peter telah kena sumpahan di rumah itu. Peter kembali ke rumahnya dan terus bunuh Nina dalam keadaan Nina hamil dan sesudah itu Peter membunuh diri dengan cara melemaskan diri dalam tab mandi.



Yang kisah ini paling ngeri bagi admin kerana banyak adegan admin rasa ngilu apabila menonton.

The Mathesons
Pada 2005, pasangan tua Faith dan William Matheson berpindah ke rumah. Faith mengalami demensia dan penyakit terminal. Setelah berpindah, Faith terkena sumpahan dan melihat hantu Melinda mengelilingi rumah. Kewarasannya cepat menurun menyebabkan William memanggil Lorna Moody, seorang Suicide Consultant.

Terganggu dengan kelibat roh di dalam rumah itu. Lorna mencadangkan kepada William untuk meninggalkan rumah tetapi William mendedahkan bahawa dia menyendari kehadiran hantu dan membayangkan masa depan di mana orang dapat bersama dengan orang yang tersayang selepas kematian.


Lorna kemudian melihat Faith membunuh William dan setelah itu Faith mengerat jarinya sendiri lalu Lorna melarikan diri dan mengakibatkan kemalangan apabila dia diserang oleh hantu Sam di dalam kereta.

Muldoon
Pada tahun 2006, detektif Muldoon berpindah ke bandar dengan anaknya Burke berikutan kematian suaminya akibat kanser. Muldoon bersama Goodman menjadi rakan sekerja telah dipanggil ke hutan di mana mayat Lorna ditemui.


Goodman menjadi tidak selesa apabila mengetahui bahawa Lorna telah melawat 44 Reyburn Drive. Muldoon curiga dengan Goodman lalu Muldoon siasat sendiri kes ini dan pergi ke rumah tersebut. Apabila Muldoon tiba di rumah dan bertemu Faith dan mayat William. Faith dibawa ke hospital dan kemudian dia melihat Melinda lalu bunuh diri.

Muldoon teruskan siasatan dan dia dihantui oleh hantu Landers. Dia melawat Wilson dalam keadaan tidak waras dan memberitahu sesiapa memasuki rumah itu akan menjadi mangsa sumpahan.



Comments

Popular Posts